Pihak sekolah akan mengadakan pentaksiran 2 j-QAF dan Peperiksaan Akhir Tahun Berasaskan Sekolah seperti ketetapan berikut :
Pentaksiran 2 j-QAF
Tahun 1 - 4 : 11 Oktober 2016
Tahun 5 dan 6 : 14 Oktober 2016
Peperiksaan Akhir Tahun Berasaskan Sekolah
Tarikh : 17 - 20 Oktober 2016
Hari : Isnin - Khamis
Jadual peperiksaan telahpun diedarkan pada semua murid. Jadual juga boleh dimuat turun di sini.
Kehadiran semua murid-murid pada hari peperiksaan adalah diwajibkan manakala pakaian adalah formal. Semua aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan dibatalkan pada hari peperiksaan tersebut.
Cuti sempena perayaan Deepavali pula akan bermula pada 28 Okt 2016 (Jumaat) hingga 01 Nov 2016 (Selasa),sekolah akan dibuka semula pada 02 Nov 2016 (Rabu). Kerjasama daripada pihak tuan/puan terlebih dahulu diucapkan ribuan
Pihak sekolah akan mengadakan Ujian Formatif 2 pada ketetapan yang berikut :
Tarikh : 15 – 17hb Ogos 2016
Hari : Isnin hingga Rabu
Jadual Tahap 1
15 Ogos 2016 Isnin |
(7.50 – 8.50) Pend. Islam / Pend. Moral |
(9.00 – 9.20) REHAT |
Belajar |
(10.00 – 11.15) B. Melayu Pemahaman |
(11.30 – 12.45) B. Melayu Penulisan |
(12.50) Balik |
16 Ogos 2016 Selasa |
(7.50 – 8.50) Matematik 1 |
(9.00 – 9.20) REHAT |
Belajar |
(10.00 – 11.15) B. Inggeris Penulisan |
(11.30 – 12.45) B. Inggeris Penulisan |
(12.50) Balik |
17 Ogos 2016 Rabu |
(7.50 – 8.50) Matematik 2 |
(9.00 – 9.20) REHAT |
Belajar |
(10.00 – 11.15) Sains 1 |
(11.45 – 12.45) Sains 2 |
(12.50) Balik |
Jadual Tahap 2
15 Ogos 2016 Isnin |
Belajar |
(8.20 – 9.20) Pend. Islam / Pend. Moral |
(9.30 – 9.50) REHAT |
(10.00 – 11.15) B. Melayu Pemahaman |
(11.30 – 12.45) B. Melayu Penulisan |
(12.50) Balik |
16 Ogos 2016 Selasa |
Belajar |
(8.20 – 9.20) Matematik 1 |
(9.30 – 9.50) REHAT |
(10.00 – 11.15) B. Inggeris Penulisan |
(11.30 – 12.45) B. Inggeris Penulisan |
(12.50) Balik |
17 Ogos 2016 Rabu |
Belajar |
(8.20 – 9.20) Matematik 2 |
(9.30 – 9.50) REHAT |
(10.00 – 11.15) Sains 1 |
(11.45 – 12.45) Sains 2 |
(12.50) Balik |
Masa yang tidak termasuk dalam jadual ujian adalah masa belajar seperti biasa. Manakala semua aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan dibatalkan pada hari peperiksaan tersebut. Waktu rehat dan waktu balik semua murid Tahap 1 dan Tahap 2 adalah seperti yang tertera dalam jadual.
Pihak sekolah akan mengadakan sesi interaksi ibu bapa dan guru seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 30 Jun 2016 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas anak masing-masing
Sehubungan dengan itu, tuan/puan boleh mencetak keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dengan melayari http://wbb0047.1bestarinet.net menggunakan YES ID murid (telah diedarkan kepada semua murid Tahun 2 - 6) dan klik pada SAPS. YES ID juga boleh didapati di laman web ini, sila klik di sini.
Objektif utama adalah untuk memberi peluang serta ruang ibu bapa untuk bertemu dan berbincang dengan guru kelas atau guru matapelajaran mengenai prestasi anak-anak tuan/puan. Ibu bapa dibenarkan membawa pulang anak masing-masing selepas selesai sesi perbincangan.
Pihak sekolah juga ingin memaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri mulai 2hb Julai 2016 (Sabtu) hingga 10 Julai 2016 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 11hb Julai 2016 (Isnin).