UPSR 2017

Takwim

September 2017
M T W T F S S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

Peristiwa Semasa

29 Sep 2017
08:00AM - 11:00AM
Sesi Interaksi Ibu Bapa dan Guru (SIIG)

Pautan

Pendaftaran Tahun 1 (2017 dan 2018)

Pendaftaran  Sesi Pertama (Pendaftaran Biasa) untuk murid Tahun 1 akan berakhir pada 28 April 2016. Pendaftaran selepas tarikh tersebut akan dibuka semula untuk Pendaftaran Sesi Kedua (Pendaftaran Lewat) pada 02 Mei 2015 sehingga 31 Disember 2016. Pendaftaran tersebut hendaklah dibuat di Pejabat Sekolah. Pendaftaran ini terbuka bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 02 Januari 2010 hingga 01 Januari 2011 untuk sesi Persekolahan 2017.

Bagi murid yang lahir pada 02 Januari 2011 hingga 01 Januari 2012 untuk sesi persekolahan 2018, pendaftaran akan berterusan di sekolah sehingga diberitahu tarikh akhir pendaftaran.

Pendaftaran ini diberi keutamaan kepada kanak-kanak yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Waktu berurusan pendaftaran adalah pada waktu pejabat.

Dokumen yang perlu dibawa ibu bapa/penjaga kanak-kanak ketika membuat pendaftaran adalah seperti berikut:-

  1. Sijil Lahir Asal dan satu salinan
  2. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa / penjaga
  3. Bil Utiliti (Bil pengesahan tempat tinggal atas nama ibu bapa)
  4. Salinan Sijil Lahir Abang / Kakak berada di sekolah dipohon
  5. Sampul surat putih bertingkap bersaiz 4 x 9 (115cm x 245cm)
  6. Setem 80 sen

Ujian UKM1 Permata Pintar 2016

UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun . Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara http://www.ukm.my/permatapintar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.

Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2016)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2016 dan beragama Islam)
3) Kolej PERMATApintar ASAS 1 2017 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2016)

Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Pelajar telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2016. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx . Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Pelajar juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my

Kod sekolah : WBB0047

Cuti Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina

Pihak sekolah akan bercuti sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina mulai 6 Februari 2016 (Sabtu) hingga 14 Februari 2016 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 15 Februari 2016 (Isnin). Pihak sekolah mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua murid dan ibu bapa yang meraikannya.

Perubahan Jadual Waktu dan Waktu Pulang

Jadual waktu kelas bagi tahun 2016 yang baru kini boleh dilihat dan dicetak melalui laman web sekolah. Jadual Waktu tersebut akan mula digunakan bermula dari 18hb Januari 2016. Sila klik pada menu Jadual Waktu 2016 dan pilih kelas yang dikehendaki. 

Sehubungan dengan itu, waktu pulang bagi semua murid juga akan berubah.

Tahun 1 dan 2

Hari

Waktu Pulang

Isnin dan Selasa

1.20 ptg

Rabu dan Khamis

12.50 ptg

Jumaat

11.50 pg

 

Tahun 3

Hari

Waktu Pulang

Isnin dan Selasa

1.20 ptg

Rabu

1.50 ptg

Khamis

12.50 ptg

Jumaat

11.50 pg

 

Tahun 4 

Hari

Waktu Pulang

Isnin - Khamis  

1.50 ptg

Jumaat

11.50 pg

 

Tahun 5 dan 6

Hari

Waktu Pulang

Isnin - Khamis  

2.30 ptg

Jumaat

11.50 pg

Page 6 of 9