Takwim

October 2019
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

Peristiwa Semasa

No events

Pautan

Sesi Interaksi Ibu Bapa dan Guru (SIIG) 2/2018

 

Sesi Interaksi Ibu Bapa dan Guru (SIIG) 2 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 8 Jun 2018 (Jumaat)

Masa : 9.15 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : Kelas anak masing-masing

Objektif utama adalah untuk memberi peluang serta ruang kepada ibu bapa untuk bertemu dan berbincang dengan guru kelas atau guru mata pelajaran mengenai prestasi anak-anak tuan/puan. Semoga sesi ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Berita PIBG

Permohonan Pendaftaran Atas Talian Bagi Murid Tahun 1 2019/2020

Permohonan pendaftaran secara atas talian  kemasukan murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2019 dan 2020 akan mula dibuka pada 1 Mac 2018. Permohonan pendaftaran ini boleh dibuat menerusi sistem aplikasi Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia (Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan adalah melalui sekolah secara manual.)

Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu diPENGGUNA BARU.

Kuiz Tahun Baru Cina

Kuiz Frog VLE bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina. Penyertaan adalah terbuka untuk semua murid SK Seri Bintang Selatan berumur 8-12 tahun. Terdapat hadiah untuk dimenangi. Jangan lepaskan peluang!!!

Cara-cara untuk menyertai:
1. Log masuk ke laman web wbb0047.1bestarinet.net menggunakan pelayar Google Chrome.

2. Log masuk ke laman Frog VLE peribadi anda menggunakan YES ID dan kata laluan yang telah diberikan.

3. Buka fungsi ‘Notification’ dan ketik pada Kuiz Tahun Baru Cina 2018.

Selamat Mencuba 😄