Latarbelakang SKSBS
SK Seri Bintang Selatan pada asalnya dikenali sebagai SK (P) Bukit Bintang 2 (BBGS2) yang terletak ditengah bandaraya Kuala Lumpur. Pada tahun 1998, sekolah ini telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah yang terlibat dalam Projek Rintis Sekolah Bestari.Pada tahun 2000, sekolah ini telah berpindah ke premis baru Kompleks Pendidikan Seri Bintang di Taman Shamelin Perkasa. Sekolah ini merupakan sebuah Sekolah Bestari Aras A dimana tahap teknologi yang digunakan adalah berdasarkan Model Bilik Darjah. Setiap bilik darjah dan bilik-bilik khas dilengkapi dengan kemudahan komputer dan dihubungkan kepada sistem rangkaian.
Misi Sekolah
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Visi Sekolah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Matlamat Sekolah
Untuk melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia serta dapat menyumbang kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.
Lencana SK Seri Bintang Selatan
MERAH - melambangkan kegigihan dan keberanian warga sekolah mencuba dan merintis sesuatu yang baru.
KUNING - melambangkan kepatuhan dan kesetiaan warga sekolah kepada perlembagaan dan undang-undang.
BIRU - melambangkan keimanan yang membawa ketenangan kepada warga sekolah dalam mencapai kecemerlangan yang mutlak.
Pengertian Simbol
BINTANG - melambangkan budaya kerja cemerlang yang diamalkan oleh semua warga sekolah
PLANET - melambangkan ilmu pengetahuan yang ingin ditimba di sekolah ini bertaraf dunia dan global
PERCIKAN CAHAYA BINTANG - melambangkan keunggulan di bidang pendidikan yang ingin dicapai seterusnya kegemilangan yang bakal menyinari masa depan anak didik sekolah ini
Pengertian Moto Sekolah
KEIMANAN KEYAKINAN KECEMERLANGAN
KEIMANAN Sesungguhnya warga sekolah percaya tanpa Tuhan segalanya sia-sia (Without God All Is In Vain)
KEYAKINAN diri perlu ada pada setiap pelajar demi mendorong mereka melaksanakan sesuatu tanggungjawab dengan lebih berkesan.
KECEMERLANGAN adalah budaya yang diamalkan dan matlamat semua warga