Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Bagi Sesi 2021

Print

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Seni (SSeM) kini dibuka. Bagi murid-murid yang berminat untuk membuat permohonan, bolehlah le laman web berikut untuk membuat permohonan : https://essem.moe.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20hb Oktober 2020.

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  3. Sihat tubuh badan
  4. Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses

Syarat Kemasukan

  1. Lulus semua mata pelajaran dalam Peperiksaan Akhir Tahun (semasa di Tahun 5) sekurang-kurangnya 3B (mengikut subjek UPSR)
  2. Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
  3. Lulus Uji Bakat (dilaksanakan secara dalam talian)
  4. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  5. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  6. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  7. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan