Makluman Ujian Penempatan Kelas Pengesanan Awal dan Hari Orientasi Murid Tahun 1 / 2016

Print

Ujian Penempatan Kelas/Pengesanan Awal bagi kemasukan Tahun 1/2016 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh     : 24 Oktober 2015 (Sabtu)

Masa       : 9.00 pagi - 12 tengahari (B. Malaysia, B. Inggeris, Matematik)

Tempat   : Kelas Tahun 1

Kehadiran adalah DIWAJIBKAN. Ketidakhadiran anak tuan/puan akan menyebabkan anak tuan/puan akan ditempatkan di mana-mana kelas yang difikirkan perlu. Sila pastikan anak tuan/puan bersedia untuk ujian tersebut. Sehubungan dengan itu, murid-murid mestilah membawa alat tulis dan pensel warna.

Untuk makluman tuan/puan juga Hari Orientasi bagi Tahun 1/2016 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh     :31 Disember 2015

Masa      : 8.30 pagi

Tempat  : Dataran Ilmu SK Seri Bintang Selatan

Pada hari tersebut, ibu/bapa/penjaga wajib membawa butiran seperti berikut:-

Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.