Makluman Sekolah Ganti dan Cuti Sekolah Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri

Print

Pihak sekolah ingin memaklumkan pada 17hb Jun 2017 (Sabtu) adalah merupakan hari persekolahan gantian sempena Hari Raya Aidil Fitri. Jadual waktu pembelajaran adalah mengikut hari Jumaat dan sesi persekolahan akan tamat pada jam 11.50 pagi.

Sekolah akan mula bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 23 Jun 2017 (Jumaat) hingga 2 Julai 2017 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 3 Julai 2017 (Isnin).